Servis Cuci Karpet Profesional

Karpet Bersih & Wangi. Siap dalam 5-7 Hari

Pernah hantar cuci karpet tapi bila dapat balik, hasilnya biasa-biasa je ? Dah laa kena tunggu dekat 2 Minggu!
Jangan biarkan karpet kesayangan anda dicuci secara ala kadar atau ‘diperam’ terlalu lama. Kembalikan keserian, kelembutan, dan kesegaran karpet anda dengan dengan Cucian Mesin Automatik Teknologi Turki. 100% dijamin lebih bersih, sekata, dan siap dalam masa seawal 5 hari sahaja!
Kami datang ambil di rumah dan hantar semula.
Tak perlu tunggu lama, karpet siap dalam 5-7 hari.
KAWASAN LIPUTAN SERVIS CUCI KARPET :
Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Puchong, Cheras, Ampang, Gombak, Selayang, Kepong, Setapak, Wangsa Maju, Damansara, Kota Damansara, Sungai Buloh, Seri Kembangan, Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitar Lembah Klang.
Kami Faham Kekecewaan Anda...
Niat asal nak ruang tamu kembali selesa, tapi bila karpet dipulangkan, habuk masih ada, bau kepam tak hilang, dan cucian pun kotor berbelak. Paling menyakitkan hati, anda terpaksa membiarkan ruang tamu ‘kosong’ sehingga 14 hari akibat masa menunggu yang terlalu lama!
…Tahukah Anda Mengapa Ini Terjadi ?
Kebanyakan pusat cuci karpet di luar sana masih menggunakan mesin scrubber single disc manual. Ini bermaksud kualiti kebersihan sangat bergantung pada tenaga dan kudrat pekerja. Hasil gosokan pasti ala kadar jika mereka kepenatan. Tetapi tidak dengan kami!
Mengapa Ramai Pelanggan Beralih Arah & Terus Repeat Cuci Karpet Dengan Kami ?
Kerana mereka tahu, kualiti cucian kami tidak bergantung pada ‘mood’ pekerja.
Kami menggunakan Sistem Cucian Karpet Berteknologi Tinggi dari Turki. Daripada membuang habuk yang terperangkap (Dusting), mencuci secara menyeluruh dengan berus automatik, hinggalah memerah lebihan air (Spinner 1200rpm). Setiap mesin ini hanya mempunyai satu tujuan utama iaitu:
….Memastikan karpet anda kembali bersih, segar, dan sedia untuk dibentang di ruang tamu anda..
Mengapa Ramai Pelanggan Beralih Arah & Terus Repeat Cuci Karpet Dengan Kami ?
Kerana mereka tahu, kualiti cucian kami tidak bergantung pada ‘mood’ pekerja.
Kami menggunakan Sistem Cucian Karpet Berteknologi Tinggi dari Turki. Daripada membuang habuk yang terperangkap (Dusting), mencuci secara menyeluruh dengan berus automatik, hinggalah memerah lebihan air (Spinner 1200rpm). Setiap mesin ini hanya mempunyai satu tujuan utama iaitu:
……Memastikan karpet anda kembali bersih, segar, dan sedia untuk dibentang di ruang tamu anda..
LIHAT SENDIRI BAGAIMANA KAMI CUCI KARPET DI KILANG CUCIAN KAMI
*Kaedah cucian seperti ini turut digunakan bagi mencuci karpet di Masjidil Haram.
Manfaat cuci karpet
Banyak kajian ilmiah telah membuktikan cuci karpet secara berkala dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan gangguan pernafasan disamping memastikan karpet kekal cantik, gebu dan tahan lama. Oleh itu disarankan untuk mencuci karpet sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan.
Manfaat cuci karpet
Cuci karpet secara berkala dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan gangguan pernafasan disamping memastikan karpet kekal cantik, gebu dan tahan lama. Oleh itu disarankan untuk mencuci karpet sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
PERBEZAAN CARA CUCI KARPET KAMI BERBANDING YANG LAIN
Jom kami jelaskan satu persatu langkah-langkah yang kami lakukan dalam proses cuci karpet anda.
Langkah 1 - Penyingkiran debu (Dusting)
Walaupun karpet divacuum setiap hari, karpet tetap akan sentiasa menangkap habuk dan kotoran yang kecil dan halus, tambah-tambah lagi jika ada binatang peliharaan di dalam rumah, bulunya memang sentiasa melekat di Karpet.
Disebabkan itu, proses dusting ini adalah PALING KRITIKAL dalam proses cucian karpet. Sebelum dicuci, karpet anda akan melalui MESIN DUSTING yang akan memukul karpet pada kadar 40,000 getaran per minit bagi menyingkirkan seberapa banyak debu dan kotoran yang terkumpul.
Langkah 2 - Cucian menyeluruh
Karpet anda akan direndam di dalam tangki takungan yang mengandungi campuran air dan shampoo khas.
Karpet kemudiannya akan dimasukkan ke dalam MESIN CUCI KARPET AUTOMATIK yang terdiri daripada 8 cakera berus bulat dan 2 berus panjang yang akan mencuci karpet dengan sekata disamping menyingkirkan rambut dan bulu kucing yang melekat di karpet.
Karpet akan dicuci sehingga betul-betul bersih dan baki sabun yang masih ada akan dibilas dengan air yang banyak.
Langkah 3 - Penyingkiran air
Bagi menyingkirkan air secara efektif, karpet kemudiannya akan dimasukkan ke dalam MESIN SPINNER yang akan berputar dengan kadar 1200 rpm.
Sekiranya air yang keluar dari mesin spinner ini masih kelihatan keruh, karpet akan dikeluarkan dan dicuci sekali lagi (seperti langkah 2) sehingga air yang keluar dari mesin spinner ini kelihatan jernih.
Penyempurnaan proses ini penting bagi menghasilkan karpet yang betul-betul bersih, lembut dan gebu.
Langkah 4 - Pengeringan
Proses pengeringan yang pantas dan sempurna amat penting bagi mengelakkan karpet mengeluarkan bau busuk.
Kipas-kipas dibuka sepanjang masa bagi memastikan udara sentiasa bergerak di antara celahan karpet bagi mempercepatkan lagi proses pengeringan.
Langkah 5 - Finishing
Akhir sekali karpet akan divacuum, disikat, dirapi dan seterusnya dibungkus di dalam plastik. Sedia untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan kami.
Jenis & harga cuci karpet
#1 - karpet 3D | Tatami | Span | Velvet
HARGA PROMOSI
RM 1.80 per SQFT
RM 1.50 per SQFT
#2 - Karpet Machine Made Standard
HARGA PROMOSI
RM 3.00 per SQFT
RM 2.50 per SQFT
#3 - Karpet Machine Made Shaggy
HARGA PROMOSI
RM 3.00 per SQFT
RM 2.50 per SQFT
#4 - Karpet Handmade /Wool /Silk
HARGA PROMOSI
RM 7.00 per SQFT
RM 5.00 per SQFT
⚠️ Karpet jenis handmade /wool /Silk hanya boleh dicuci oleh tukang cuci berpengalaman kerana ia diperbuat daripada natural fibre dan sangat sensitif. Kesalahan dalam teknik membasuh boleh menyebabkan kerosakan kekal pada karpet. Wajib maklumkan pada kami sekiranya karpet anda berada dalam kategori ini.
Contoh kiraan harga cuci karpet
Lebar (5 ft.) x Panjang (7 ft.) = 35 sqft
35 sqft x RM 2.50 (karpet shaggy) = RM 87.50
100% Jaminan Kepuasan
Jika anda merasakan karpet anda masih kotor selepas dicuci, maklumkan terus kepada kami. Sebagai jaminan kami menawarkan pembersihan semula secara PERCUMA sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan hasil cucian kami.
Sebelum dan Selepas Cuci
Soalan lazim
1. Berapa hari proses cuci karpet ?
Kebiasaannya, proses cuci karpet mengambil masa 5–7 hari bekerja termasuk cucian, pengeringan, pemeriksaan akhir, packing dan sedia untuk dihantar. Karpet yang terlalu kotor, berbau kuat atau terkena kencing kucing mungkin mengambil masa lebih lama kerana memerlukan cucian tambahan.
2. Saya tak tahu ukuran karpet.
Jangan risau team kami akan ukurkan sendiri karpet untuk anda. Invois akan dikeluarkan berdasarkan jenis dan saiz karpet anda.
3. Karpet banjir yang dah berbau boleh jadi bersih dan wangi balik ke ?
Semestinya boleh. Kes karpet busuk disebabkan banjir atau terkena air kencing kucing kami boleh cuci sampai bersih dan wangi.
4. Ada servis cuci karpet masjid tak ? Cuci Sofa ?
Maaf tiada. Kami hanya pakar dalam mencuci karpet rumah sahaja.
Gallery@KedaiCuciKarpet.com
Di KedaiCuciKarpet.com, kami mengambil serius tentang kualiti cucian setiap karpet pelanggan. Matlamat kami adalah untuk melihat karpet pelanggan kami kembali bersih dan wangi seperti karpet baru.
Management Office: 7A, Jalan Pinggiran Putra 4A/4, Jalan Sungai Merab, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor
Lokasi Kilang Cucian: No. 11, Jalan Seksyen 1/26,
Kawasan Perindustrian Ringan Kajang Utama, Taman Kajang Utama, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Untuk Sebarang Pertanyaan:
012-310 6694
